Saturday, February 25, 2012

are you liar ? ? huh !

hye ! Assalamualaikum . hihi .
 hari nie aten nak bagi korang baca sebuah karangan yang ringkas tapi ada berkait dengan peribahasa yang sangat2 popular sekarang nie " ke mana kalau tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi " . haaa , hebad kan ! try read first . hihi . pastu komen la kalau rajen . hihi . (^^)



Samad adalah seorang profesor terulung , dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan , dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan , robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu …
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang . Tapi anaknya tidak kunjung pulang . Sehingga pagi barulah anaknya pulang .
“Kamu dari mana ?” tanya Samad .
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya .
*PAPSSSSS* Robot tersebut menampar anaknya .
“Nak , ini adalah robot ciptaan ayah , dia akan menampar sesiapa yang berbohong ! Sekarang katakan dengan jujur , kenapa kamu pulang lewat ??!
“Maaf ayah … saya baru habis memonton movie di rumah kawan …”.
“Cerita apa ? "
“Cerita Papadom ayah”.
*PAPSSSSSSS*
“Katakan dengan jujur cerita apa ?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.
Mendengarkan itu marahlah Samad .
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti ?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie .
*PAPSSSSSSSSSSS* Samad ditampar oleh robotnya .
Suasana hening untuk beberapa ketika…
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh , sama saja kelakuannya , ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”
*PAPSSSSSSSSS*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…

p/s : *PAPSSSS* nie bunyi robot tue tampaq depa . konon2 nyaa laaa . hihi .
Continue Reading

Thursday, February 23, 2012

jawapan untuk ahmoi (^^)

hye ! Assalamualaikum . dan salam satu Malaysia !
aten tekejut dan terkesima dapat tag dari Ahmoi . apa2 pon terima kasih yaaa ! lepas nie tag lar lagi . seronok ! 
hihi (^^)

nie jawapan yaaa !

a. nama penuh korang sampai nama atuk korang .?
Faten Nabilah binti Rushdan bin Haji Kasim .

b. ape cita - cita korang .?
 cikgu yang cemerlang . 

c. ape hobi korang yang selalu korang buat mase lapang .?
 updated blog dan berfacebook . hihi

d. tempat percutian yang korang idamkan .?
tempat yang ada salji turun . tak kira kat mana tempat tue ada .  

 e. korang minat tak bela hamtaro .?
minat !

f. bagi sebab kenapa minat / tak minat bela hamtaro .?
sebab hamtaro comel sangat (^^)

g. barang paling berharge korang pernah miliki .?
handphone .

h. blog kite nee ape rupe .? best / tidak .?
best . sebab nampak comel . ada hamtaro (^^)

i. blog kite ringan kea berat .?
tak tahu lar pulak . sebab kalao ikut logik akal , blog memang tak bole nak timbang . hihi .

j. korang suka warna ape .? kenapa minat .?
hijau . sebab hijau kaler yang sangat tenang bila mata memandang . macam bila kita tumbuh-tumbuhan . nampak sejuk jaa mata memandang (^^) .

k. ape prinsip hidup korang sampai akhir hayat .?
nak berusaha untuk menjadi seorang insan yang berguna di dunia mahupun diakhirat kelak (^^) insyaAllah . amin ..              
Continue Reading

Monday, February 20, 2012

mahukah anda menjadi seorang wanita solehah . ? (^^)

Wanita solehah itu aurat dijaga ,
Pergaulan dipagari ,
Sifat malu pengikat diri ,
Seindah hiasan di dunia ini .

Keayuan wanita solehah itu ,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya ,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin ,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah , memujuk rayu ,

Bukan dan tidak sama sekali ,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain ,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama .

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya ,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai .

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman ,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi ,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu ,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu ,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada ,
Serta berusaha demi keluarga , bangsa dan agama .
p/s : ayat dia best sangat ! aten suka . banyak makna disebalik kata2 kat atas nie :)
 
 terima kasih kat kawan facebook aten nie . sebab bagi izin aten copy and paste kat blog nie (^^) thankss friend  ! !
 
aten teringin nak menjadi seorang wanita solehah . . tapi apakan daya . huhu . maybe satu hari nanti aten nak jugak berusaha untuk menjadi seorang isteri yang terbaik untuk seorang suami yang baik .insyaAllah . amin . (^^) doa doakan lah yaa :) 
Continue Reading

Sunday, February 19, 2012

sayang cikgu kpp tue !

hye ! Assalamualakum . 

aten hari nie sehari suntuk ada dekat tempat latihan memandu . penat nak mati ! tudiaaa . terok sangat aih ! huhu:( nak buat macam mana . kena amek lesen ! macam nie lar dugaan dia . heee . tapi aten bersyukur2 sangat tadi . sebab aten dapat cekgu kpp yang baik sangat ! nama dia dirahsia kan ! takot2 nanti tersalah faham pulak . haha . bukan hapaaa . cekgu tue baik dengan aten . aten punya lar ketaq tak habes waktu tengok nama kat senarai cekgu2 yang kena ajaq nanti . tengok nama tak kenai . tapi bila tengok jaa muka ! laaaaaa , cekgu hat nie kaa . kenai sangat2 lar . (^^) sebab cekgu nie yang bagi aten luluih moto dulu . heee . thanks teacher ! (^^) proud for him . sebab dia ada belas kasihan kat aten . hihi (^^) tak sangka pulak aten jumpak cekgu nie lagi waktu belajaq kereta tadi . muka jea nampak garang . hati baik . cekgu nie bagus sangat2 ! beliau ajaq aten sampai aten betol2 oke . sampai pandai kawal stereng lar ! hehe (^^) aten sebelum nie bukan penah bawak kereta pun . tadi baru kali pertama tao ! huhu . best punya pasai lar nie . sampai aten story kat blog nie . hehe . dulu2 aten kira terok lar . sebab 'clutch' pun aten tak  tao yang mana satu . harap gear jaa yang tao . heee :P but today i know everything about car . i'm very happy oke ! hehe (^^) biar lar kalao korang nak cakap aten nie gedikss ka haapppaaa . sebab pasai nie pun nak update . aten pegang prinsip suka hati aten lar . blog aten . bukan blog korang ! hiuwwwhiuww (^^) aten syok2 pun kat sini jaa . bukan kat blog2 korang . haha . tak suka jangan baca entry nie . tak paksa , tak suruh . heee . so, aten sekarang nak tidoq dulu oke . nak mimpi sang putera pulak ! dah puas belajaq memandu tadi . sampai kepala senget2 dah lar nie . sakit kepala semua lengkap ! haha .  so ! i'm sleep now ! sweetdream my sweetheart (^^) and thankss for teacher kpp (^^) buat aten bahagia hari nie . memang tak buhsan pun belajaq kereta tadi . best sangat ! oke2 ...  taaataaaa semua ! goodnight blogwalking (^^) salam .




posted by aten>bahagia (^^)
Continue Reading

Monday, February 13, 2012

LESEN P

hye ! assalamualaikum . 
hari nie aten nak cerita pasai sebuah kisah . tapi tidak ada mengena antara hidup dan mati seseorang oke ! hehe :] enjoys E[ :

HAHA ! MAAP YAA ! NTAH SAPA PUYA LESEN P LAR NIE . ATEN TAO AMEK JEA KAT GOOGLE TUE :P


Cerita ini benar-benar berlaku . Kisahnya begini … seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal . Jadi , mengikut undang-undang , stiker berhuruf “P” hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor . Pak cik tu tunggang motosikal. Ada laar police road block …


Polis : “P” mana pakcik ?
Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah) .
Polis : Pak cik nak bergurau pulak . “P” mana pak cik ?
Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging) .
Polis : Amboi , main-main pulak pakcik (tersengih) . Pak Cik, “P” mana ?
Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya . Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq . Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah) .
Polis : Pi pi pi pi lah … nyusahkan aje . (fedup !)
Pak Cik : kan mudah camtu … haha . (pakcik tue gelak best ! )


p/s : kalao korang nak bercakap dengan orang mestilah bercakap dengan terang dan jelas . jangan lar salahkan orang tue pulak kalao korang tanya lain dia jawab lain . paham ke tidak nie ?? ta paham lagi . pandai2 lar korang pikirkan sendiri yaaa . hehe :]
Continue Reading

Friday, February 10, 2012

jangan gelakkan orang !

hye ! assalamualaikum .
hari nie aten nak cerita pasai satu kisah 3 orang sahabat baik > Amin , Bakar dan Husin sangat berkawan rapat . dan nak dijadikan cerita , pada suatu hari ...

Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen . Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal .

Bakar : (Sambil ketawa tanpa simpati) . Amin , lawanya ‘stokin’ kau . Beli kat mana ? Hahaha …

Husin : (Turut ketawakan Amin) . haaa betoi la , besar lak tuh . Boleh masuk 2 kaki sekali . Kahkahkah …

Amin : (Dengan muka sedih) . Aku jatuh motor lah .

Bakar : Tu la … Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor .. Hahaha…  (Masih lagi gelakkan Amin)

Amin : Tapi , aku jatuh pakai motor kau , Bakar…

Bakar : Tidak!!!.. TZM aku .. Kau kejam, Amin . (Dah menangis..)

Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya .

 Amin : Lepas tu pulak kan…

Husin : Ha ah.. ( sambil gelak…)

Amin : Aku terlanggar pulak awek kau , Rosnah . Sekarang tengah ICU kat hospital .

Husin : Tidak!!!… Awek aku ..( Kali ini dia ni pula menangis..)

Moral : Jangan gelakkan orang . mungkin sesuatu yang korang gelakkan itu akan berlaku kepada korang balik  . tak ke nak menyesal pulak lepas tue . hoho . bagi sesiapa yang suka atau menjadikan gelakkan orang tue sebagai hobi korang , insaf2 lar . sebelum korang menyesal dah tak berguna lagi . dan jaga lar sahabat2 korang dengan baik . bantulah sahabat2 korang yang dalam kesusahan dan bukannya menambahkan sakit dihati mereka . kerana seseorang sahabat itu amat diperlukan dalam apa jua keadaan pun adakala ketika gembira ataupun sedih . jangan hanya berkawan dikala senang dan gembira saja . bila susah korang lupakan pulak . tue bukan sahabat tapi kawan biasa .jika korang mahu kenali adakah dia seorang sahabat atau bukan . korang lihat dan tengok lah ketika korang sedang susah dan perlukan pertolongan adakah dia yang datang membantu ? kalau tak , dia bukan sahabat yang baik untuk korang .hoho . fikir2 kan dan selamat berubah untuk kebaikan korang dan sahabat yang korang ada . hoho . sekian dari aten . :]



Continue Reading

Saturday, January 28, 2012

angkara motor . ? kisah motor oh motor :P

hye assalamualaikum :)

"eh...eh.....eh...ah..ah....ah...........................".kedebuk ! waaaa....(gelak sambil malu) huhu apa dah jadik nie ? dunia ku menjadi gelap sebentar .. dimanakah aku ? waaaa . *gaya teruja bole . dialog kisah hari nie . jom baca!

"paten . paten . faten nabilah . bangun2 . cepat !" ibuku sayang memanggil2 aku dari luar . hee . "yaya ! aten bangun dah mak . :) " cece ! awai laa konon . rupa2 yaa dah nak pukul tujuh dah . adoidoi . aten pun bangun . and first i do > baca mesej . haha ! hem . ada orang kejud tapi tak sedar2 . aten .. aten .. camtulah perangai hang! *loghat kedah . waaa, lambat lagi nie . masih awal laa . nak pergi awal tak ? hem . malas yaa . tapi lesen puyaa pasai akan kugerak kan kaki melangkah jugak . pagi2 dah bising . hee . alalaaa . bukan bising apa . borak2 wif my brother jea . haha . biasalah mulut nie ringan jea nak soal macam2 kat abang aten tue . macam2 dah terlintas . tanya pasai pengalaman ambek lesen jea . :) aten kan 'budak baru' . mahu belajar dari budak lama laa :) hem . sesampai yaa kat kpp tue . sebelum melangkah aten bersalam dengan abang dulu . nak tahu sebab apa ? mencari keberkatan :) hehe . * baik laa tuh . hem . bermula lah sebuah kisah sebagai seorang student kat kpp tue  ...tuttt ! daftar sudaa . tunggu puyaa tunggu . tiba2 ternampak kawan lama . waaa . awai yaa dia . hem . aten senyum jea kat dia . malas laaa . dia ada kawan ramai dah . malas nak menyibuk . *my prinsip :) hem . tepat jam 9 setengah pagi > giliran kami lak amek turn buat latihan :) dengan gaya excited aten pun terus pergi ambil motor . waaa .. "ish .. mana motor aku nie ? takdak pun " *bingung keseorangan . hem . sebat jea laa moto nie pun . haha ! *gelak jahat . aten pun start motor tue . bromm . brommm . heee . *gaya syok . nak jadik cerita tiba2 ... "hey cek .. biasa bawak moto dak ? " cegu kpp tue tanya . "biasalah . hari tue dah mai teori praktikal dah " jawabku sambil tersenyum . *senyum gaya arnab comel :) hahakz ! "hem ? moto hang nombor berapa tadi ? " cekgu kpp tue tanya macam nak telan aku jaaa . aten jawab " err . emmm . nombor 22 cekgu " *jawab gaya takut . = ='  hem . lepas tue cekgu tue kata " p tukaq moto . tue moto dia . hang p carik moto hang " argh ... malu yaa ceq .. :$  aten pun pergi letak motor dia . *gaya tak malu . haha !  hem . lepas tue nak jadik cerita . aten pun bawa laaa motor dengan tenang dan syok . to be serious oke :D bawak puyaa bawak . tiba2 ... "eh ... eh .. ah... ah.. " kebabooommm . waaaaa . napa nie ?? "adoi .. sakit yaaa . eh .. eh .. nak bangun tak bole ..". huhu . *gaya orang sakit . ahh . camna nak angkat motor nie . terok laa  motor nie . berat ! hem . tiba2 .... ada mamat seorang nie tiba2 berhenti . waaaah .! "weei tolong angkat sat . berat laa . " *gaya muka tak malu . hohooho :P hem . mamat tue pun angkat laaa . lepas tue dia blaah . hee . tapi sebelum dia pergi . mulut aku ringan mengucapkan terima kasih kepada dia . >"wei , thank you . " *gaya orang sakit . adoi .. pelik menyelubungi diri . macam mana laaa aku boleh terjun dalam parit tue . sakit gila . hanya Allah jea yang tahu . waaaawaaaaa . pengalaman pahit bawak motor . pertama kali . ngee~ hem . lepas tue aten pun teruskan perjalanan yang sudah terkandas 2 minit lalu . gara-gara terjun dalam parit gaya stuntwomen . haha ! merepek lah engkau aten . tiba2 ada seorang akak nie tanya aten . "tak sakit ka ? . " "tak laa . sikit jea nie " jawab gaya slumber . tapi dalam hati sapa tahu . haha . "betoi ka nie ? serious tak saket ? " kakak tue tanya kali kedua dengan gaya tak puas hati . huhu = = ' aten geleng punya geleng gaya muka tahan sakit . heee . "tak kira adik oi . jum ekut kak . kak nak p habaq kat cekgu tue . " arghh . no way ! takmau . huhu . malu . hee . takpa la . dah akak tue baik . aten terima jea lah kebaikan dia . heee . lepas tue . cekgu tue pun tahan aten . dia tanya sakit tak . aten geleng sambil senyum :) sebelum balik . dapat pesanan free dari cekgu kpp tue . cekgu tue pesan "lepas nie jangan takut nak bawak motor pulak . balek nie try2 laa bawak motor banyak2 kali . bagi pro " haha ! "tak lah cekgu . nie pengalaman. bukan selalu nak rasa camni kan ." jawab aten ala ala humble . heee . mahu tak humble . jatuh motor tue . malu beb . haha ! hem . nak jadik cerita . waktu nak balek tue , terserempak pulak laa dengan mamat yang tolong aten tadik . "haaa . abeh dah paaa relai motor tue . " gaya mengata . adoiii .. malu nyaaa jadik aten . huuhuu = =' buat tak tahu jea laa . muka slumber badak . pekak kan telinga engkau aten . haha! dalam hati "mamat nie kan . gelak kat aku pulak . nasib baik laa tadik hang yang tolong aku . " monolog dalaman . huuhuu . sabar jeaa laa . ada hikmah kot :) sampai jea rumah terus rasa sakit . sengal betul .! huhu . besok ada lagi latihan . adoi . harap2 tak terjadi lagi . amin . ^^,

p/s : haaaa ! korang suma . aten bukan saja2 cerita tahu . tapi aten nak korang jangan jadik macam aten nie . kalao buleh buat lah cerita nie sebagai kisah pengajaran oke :) lepas baca nie jangan laa korang cerita kat orang lain pulak oke . simpan2 lah niat tue oke . biarlah cerita nie hanya sekadar diblog kisah sang puteri nie jea .. and i hope u all hepi2 :) tataaaaa .

haaaa.! nie laa moto idaman aten kalao nak tahu :P
Continue Reading

Friday, January 27, 2012

SELAMAT HARI LAHIR AYAH :)

hye assalamualaikum .



aten tahu setiap orang dikurniakan seorang ayah . tanpa ayah tiadalah kita . tanpa ayah nak makan pun tak boleh. seorang ayah sangat diperlukan dalam sesebuah keluarga . tak dinafikan . banyak pengorbanan tao . bagi sesapa yang tak dak ayah aten faham . baru2 nie pun ayah dari seorang kawan aten telah meninggal . aten mendokan dia sentiasa kuat menghadapi dugaan . Ya Allah, Engkau tempatkan lah dia ditempat orang-orang yang beriman . Amin Ya Rabbalalamin . walaupun mesti merasa kekurangan . rasa kehilangan :( tapi korang beruntung sangat2 sebab korang diberi dugaan yang sangat berat oleh Allah . tue tandanya Allah sangat sayang kat korang. dan ingat kepada korang . Allah menguji begitu kerana Allah tahu korang adalah yang terbaik . korang seorang yang tabah dengan segala ujian yang diberi :) aten faham . aten sendiri mengaku aten masih belum kuat untuk menerima dugaan seberat tue . dan Allah masih lagi belum memberi dugaan sebegitu berat kat aten . aten hanya dapat berkongsi rasa saja dengan kawan baik aten . aten tahu macam mana rasanya kehilangan seorang ayah yang kita sayang . sebab bila aten lihat kawan baik aten sendiri aten dapat rasa apa yang dia rasa . sangat sedih . tapi ada hikmah disebalik semua yang berlaku . Allah lebih mengetahui apa yang dikehendaki olehNya . kita hanya melalui dan belajar untuk menerima .. dan aten bersyukur sebab aten masih dapat merasa kasih sayang seorang ayah pada hari ini . ayah lah segalanya . tanpa ayah aten sendiri pun tak boleh berjalan2 kat mana2 . terlalu banyak pengorbanan ayah untuk aten . ayah kerja siang hingga ke maghrib . penat sentiasa kelihatan di riak muka ayah . aten tahu ayah letih . kadang2 kita tak penah perasan yang kita banyak sangat melukakan hati ayah kita . bagi aten terlalu banyak dosa yang aten buat kat ayah . malu dan segan untuk mengeluarkan kata2 'aten minta maaf ayah' . aten faham korang pun macam tue jugak . malu mesti ada . biasalah dah besar sekarang . mana ada dah nak ucap2 macam tue kan . apa tah lagi nak ucap 'saya sayang ayah ' kan. ? lagi laa.. tapi aten kadang2 terpikir . buat apa nak malu . sebab tue ayah kita . dari sejak kita lahir lagi beliau dah tengok kita . sayang kita . cium kita . peluk kita . dodoi kita . pujuk kita . belikan kita mainan . bawa kita jalan2 . tapi kalau beliau marah kita tue tandanya sayang . beliau mahu kita menjadi seorang yang baik . teguran adalah penting dalam mendidik anak2 . tanggungjawab berat telah dipikul oleh ayah kita . menjaga kita dari kecil hingga besar . tak penah berkira . tapi yang aten dapat tengok kebanyakan anak2 sekarang tak pernah pedulikan ayah mereka . bila dah berjaya . lupakan ayah . sombong . tak pernah ambil khabar ayah di kampung . aten sebagai anak sangat terkilan melihat sikap anak2 zaman sekarang . nak buat macam mna . mereka telah diduga oleh Allah . Allah mengaburi mata2 mereka dengan kekayaan yang sementara . mereka buta dalam menilai kasih sayang seorang ayah . anak2 yang melawan kata2 ayah terlalu banyak zaman sekarang . terlalu egois dalam kehidupan . tak pernah menghargai jasa seorang ayah . betapa sedihnya hati seorang ayah jika anak2 nya tak pernah mengucapkan sayang kepadanya. kenapa kepada isteri sayang boleh terucap ? kepada kekasih sayang meluap2 ? kepada tunang sayang sentiasa terucap ? tetapi dengan ayah ? sayang pun malu untuk diucap . aten berharap korang suma selepas nie pergilah terus ucap kat ayah korang 'saya sayang ayah ' . mesti hati ayah korang terharu . dan korang pandanglah muka ayah korang dengan penuh kasih sayang . korang anggaplah itu adalah hari yang terakhir korang dapat melihat dan menatap ayah korang . insyaallah korang akan menjadi seorang anak yang soleh solehah :) Allah akan memberkati kehidupan korang sebab korang dapat membahagiakan hati ayah korang hari nie . ini janji Allah kepada hambaNya yang berbuat baik kepada ibubapa . mulai hari nie berubah lah sikap korang untuk ayah korang :) dan hari nie hari lahir ayah aten. aten tak dak apa pun boleh bagi kat ayah . cuma satu jea yang aten nak ayah tahu . aten sentiasa mendoakan ayah . itu sudah cukup bagi aten . dan aten sentiasa sayangkan ayah . insyaAllah kejayaan akan mengiringi anakmu faten nabilah :) hadiah paling bermakna untuk ayah dari aten .

selamat hari lahir ayah, dan sentiasa dipanjangkan umur...aten sayang ayah selamanya :)
Continue Reading

Sunday, January 15, 2012

pisttttt...!ketahui dan kenali jodoh anda.......

Amboii..laju jeaa korang buka blog aten nie bilaa sudah terbaca topik yang menarik hari nie.aten saja letak tajuk nie..sebab aten tahu korang mesti nak tahu puye..jodoh.! jodoh.! hem..suma orang ada jodoh masing3..cuma Allah yang tentukan masa dan tempat untuk kita bertemu jodoh..tapi jika korang masih konfius dengan jodoh korang..jom! baca bawah nie..",




1. Gunakan Seluruh Pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk kita?
Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesanyang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasaingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahuyang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaanyang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.
Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
doa-mendapat-jodoh
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan korang, buatlah keputusan sebaiknya.
.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang korang lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah..
Adakah dia jodoh korang?
“Manusia hanya mampu merancang, Allah menentukan. Itu semesti nyaa!” :) jika dia adalah yang terbaik untukku..akan ku terima dia seadanya...
 p/s:nak tahu lebih banyak?kena rajin3 laa singgah blog aten nie:)
Continue Reading

Sunday, January 08, 2012

CARI MASALAH KA?

Tersebutlah kisah 3 orang sahabat baik iaitu BODOH, MASALAH dan SOPAN-SANTUN. Mereka selalu bersama apabila hendak kemana-mana. Pada suatu hari, MASALAH baru berkenalan dengan seorang gadis lalu mengikut gadis itu pergi entah kemana tanpa pengetahuan dua orang rakannya. Setelah dua hari berlalu, BODOH dan SOPAN-SANTUN menyedari akan kehilangan MASALAH lalu membuat laporan polis. SOPAN-SANTUN tidak mahu masuk dan menunggu di luar sahaja. Jadi, BODOH seorang sahaja lah yang masuk membuat laporan. (Semasa di dalam balai polis…)


BODOH : Selamat pagi, tuan.

POLIS : Selamat pagi. Ada apa yang boleh saya tolong?

BODOH : Saya datang hendak membuat aduan, tuan. 

POLIS : Oh…begitu. Siapa nama awak?

BODOH : BODOH, tuan.

POLIS : Apa ??

BODOH : BODOH, tuan.

POLIS : Tolong ulang sekali lagi !! (Dengan nada marah)

BODOH : BODOH, tuan.

POLIS : Apa kena dengan awak ni hah?? Mana perginya sopan-santun awak?

BODOH : Ada di luar, tuan.

POLIS : Hish !! budak ni..!! Adakah awak datang sini untuk mencari masalah??

BODOH : Ya, tuan. Bagaimana tuan tahu?

POLIS : Arrrghh !!!!!! (Bengang sambil menarik-narik rambutnya)




P/S: tidak ada kena mengena antara hidup dan mati oke ! hanya sekadar lawak sahaja..tima kasih baca ! :)
Continue Reading

BODOHKAH AKU ?????

Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan, pergi memancing kat sungai.Dalam bosan-bosan menunggu ikan, Ahmad berkata,
Ahmad: aku ada satu cerita.
Hassan: cerita ape?
Ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Hassan: yela…
Ahmad pun memulakan ceritanya… 
Ahmad :satu hari aku pergi memburu.
Hassan : memburu.
Ahmad : aku masuk ke dalam hutan.
Hassan : hutan.
Ahmad : tiba-tiba aku rasa nak terberak.
Hassan : berak.
Ahmad : aku berlari ke semak.
Hassan :semak.
Ahmad : aku pun berak.
Hassan : berak.
Ahmad : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.
Hassan : lagi.
Ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Hassan : dulu.
Ahmad : aku lihat tahi aku sudah tak ada.
Hassan : ada.
Ahmad : aku pun tertanya-tanya.
Hassan : tanya.
Ahmad : siapa makan tahi aku?
Hassan : aku….


MORAL CERITA : aten harap korang suma jangan laaa terlalu percaya an rakan3 korang tue...klao bole selidik la dulu oke ! nanti korang yang padah...huhu..=.=
Continue Reading

BAHANA NYA JIKA ANDA MEROKOK ! =.=

Isteri : Abang tau tak, rokok ni blh wat abang cpt mati?
Suami : mane ade. Jodoh ajal maut, semua tuhan yang tentukan…
Isteri : hmmmm… berapa banyak abang habiskan duit untuk rokok?
Suami : sehari sekotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling.
Isteri : satu hari satu kotak. Hmmm.. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200. abang mule isap rokok bile???
Suami : pandai math lah awak nie… dari tingkatan 2. awatnya?
Isteri : Sekarang umur abang 34. 34-14=20. and then RM25,200 darab dengan 20 dapat RM504,000! Banyakkan yang abang dah bazirkan dlm tempoh 20 tahun.
Suami : so? Abang ade mintak duit kat awak ke nak beli rokok? Tak adakan?!!
Isteri : memanglah takde, tapi kalau abang tak merokok dan menyimpan, skrg
abang dah boleh beli Skyline dah.. Evo ke.. semua boleh!
Suami : Awak isap rokok tak yang?
Isteri : Tak bang…kenape tanye mcm 2?
Suami : kalau awak tak isap rokok mcm abang…mane Skyline awak?
hehehe..



MORAL CERITA:bagi perokok3 yang tegar dekat luar sana ..aten harap korang berhenti laa merokok jika anda masih  sayangkan 'nyawa' yang Allah berikan untuk berbuat kebaikan di dunia yang sementara nie..
Continue Reading

Sunday, January 01, 2012

happy new year 4 all my frenz....!



hye blog....!lma ta tulis kat blog nie...rindu asa...asyik3 post lagu jea ...ta bes jugak an3...sekali sekala na jugak aten tulis something kat blog tr'cinta nie an...hehe! so sweet ! taon baru da brmula...so,amai kwn3 aten yg da mulakan azam baru...haaa ! klao na tao aten un ada azam gak taon nie...haha! knon3 nya laa...pdahal bukan berazam sgt un...zam...zam...alaaaa ...kazam....ada la ...haha! main3 plak...adoiii...biasa la...bila da abes sekolah nie...mcam3 perangai mula terserlah...terutamanya perangai yang paling orang suka uat "malas" ...haha!sapa la yang ta malas an3....mesti ada punya malas tu...cuma antara ta mao dengan na jea...huhu! bagi aten sapa yang malas tu lebih baik dari yang rajin...haha! na tao sebab pa?? sebab orang yang rajin tu sebenar ea dia da menyusahkan diri dia jea...ta penat ke asyik3 uat kerja memanjang jea...ta kan ta mao rehat lnsong kot...hehe! biasala....kadang3 lumrah manusia juga...bila kita malas..mula laa na mengata sana sini...ada ja yang yang ta kena...itu laaa..ini laaa....adoiiii..kadang3 geram oww...huhu!bila kita rajin un susah jugak...sebab nanti ada laa orang yang mulut jahat sikit nie suka ta puas ati dengan kita...dowg jeles ! sebab dowg malas kita rajin...haha!so,dowg kata kita nie uat kerja un cuma na mnunjuk3 ja....pdahal hati yang ikhlas sapa tao....! suma orang ta nmpak...hnya Allah yang tao...^_^ so,jangan la...terlalu na ikut cakap orang sekeliling tu....juz jadi diri kita sendiri jaaa ....pedulikan laaa apa orang na cakap....kita punya hal.... oke ! hopefully,aten harap korang ta jemu3 laa na baca blog aten nie....walopon ta seronok an3...tapi aten na kasi tao kat korang suma laaa....taon baru nie maybe aten na azam na jadi aten yang baru...sebab terlalu banyak sangat knangan3 pahit taon lepas ....huhu!now, i want to prepared all things in my life on this year ! i want to get something like new in my life...be a good gurlz ! ^_^ so, maybe blog aten nie akan bertambah ceria kalao ada korang....jangan malu3 na buka blog nie oke ! enjoys your life in the new year 2012! dun be sad...!epi always.!kalao sedih bule laaa kongsi bersama3 aten...oke ! daaaa ! assalamualaikum...",
Continue Reading

Saturday, December 17, 2011

daftar LESEN suda...so,get ready 4 test ! ^_^

mula3...aku buka google...try la search belajar memandu.n then kuar web spa ntah...men terjah jea aku ni..arggghhh ! kre pa..jnji aku bule belajar cara3 nak memandu...hehe!<amat penting tu > jum2 aku gtao apa yang aku belajar kat website tdi.........^_^
<!--more-->
Para pelajar diwajibkan mengikuti etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ. JPJ telah mengeluarkan surat pekeliling supaya semua calon hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak berunsur negatif semasa mengikuti kursus, ujian undang-undang berkomputer, belajar dan semasa ujian JPJ.
Oleh itu, para pelajar hendaklah mengikuti cara pemakaian tersebut dibawah:
Lelaki:
  1. Memakai t-shirt berkolar atau kemeja. T-shirt berkolar bulat atau yang mempunyai motif negatif tidak dibenarkan.
  2. Memakai seluar panjang
  3. Memakai kasut bertutup penuh. Tidak dibenarkan memakai selipar
  4. Berambut pendek dan kemas (Tidak panjang)
  5. Aksesori seperti topi, subang, cermin mata hitam tidak dibenarkan .
Perempuan:
  1. Baju kurung, kemeja berlengan panjang bagi wanita bertudung dan t-shirt berkolar atau kemeja bagi wanita yang tidak bertudung.
  2. Seluar panjang atau skirt labuh bawah lutut.
  3. Kasut bertutup penuh. Sandle dan selipar tidak dibenarkan.
  4. Topi dan aksesori yang keterlaluan tidak dibenarkan.         

    AWAS!Teknik Belajar Motosikal!Jaga2 ada owang tgok...^_^

          

    Teknik Ujian Pusingan 8:

    1. Tidak melanggar benteng
    2. Membuat satu setengah pusingan
    3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
    4. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda tidak terangkat

     Teknik Meniti Di Atas Papan:

    1. Roda tidak keluar dari papan
    2. Kaki tidak mencecah atau pijak papan
    3. Calon tidak jatuh dari motosikal
    4. Tidak kurang dari 7 saat.

      Teknik Menunggang Di Antara Kon:

    1. Tidak Melanggar kon
    2. Tidak Menyentuh atau melanggar benteng
    3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
    4. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat

     Teknik Brek Kecemasan:

    1. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat
    2. Membrek di dalam kotak
    3. Tidak melebihi garisan berhenti
    4. Menggunakan brek kaki dan tangan

    Teknik Menunggang Di Selekoh Tajam:

    1. Tidak melanggar benteng
    2. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
    3. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda luar tidak terangkat
    4. Berhenti di garisan berhenti

    Teknik Ujian Amali (Jalan Raya) Bahagian 3:

    1. Menggunakan topi keledar dengan betul
    2. Tidak menghidupkan enjin dalan gear
    3. Nyalakan lampu hadapan
    4. Melihat ke belakang sebelum bergerak
    5. Beri keutamaan kepada kenderaan di jalan besar
    6. Memberi isyarat dengan betul
    7. Enjin tidak mati melebihi tiga kali
    8. Penggunaan gear yang sesuai
    9. Dapat mengimbang badan atau tidak terkeluar dari laluan tak rata (kelas B sahaja)
    10. Memandu disebelah kiri
    11. Berhenti mengikut peraturan pemanduan berhemat
    12. Kaki tidak mencecah jalan
    13. Tidak melanggar benteng
    14. Tidak jatuh dari motosikal
    15. Tidak terlibat dalam kemalangan                  <sekian, harap maklum> ^_^
Continue Reading