Wednesday, August 13, 2014

KINI BERAT BADAN BERKURANG

ASSALAMUALAIKUM 
 
HAI SEMUA !
 
 saya sangat sangat rindu sama korang . lama sudah saya tak update belog kan . mesti sebab otak saya dah bekarat karat dah . tu sebab lah saya tak update . hehhh =,= 
tapi sekarang , ada rasa nak update jugak lah . sebab rindu korang dan rindu belog busukkk ni . haha . tak tau nak kata apa sekarang , sebab dah malam ni . saya bosan . saya bosan , saya bosan , saya bosan . 

lalalalalalalalalalallalalalala~~~~
fullstop .
saya tak dak benda nak merapu meraban sekarang .
cuma mampu kata , saya dah kurus sekarang !
kurus ? sapa hang ? hang kurus ? sebab apa hang ? PERLU ka hang update laguni kat sini ? HAHA . okey tak lawak . saja laa aku nak update pasai aku sekarang . tak salah pun haihhh . ngehh =,= 
sebab ni belog saya yang punya okeyy . hikkksss

supermodel laaa kunun kunun , padahal bajett jaa lebih lebih nihh . ngeee ~
 Alhamdulillah dah dapat berat yang di ingini sekarang :'>



 
sekarang , 46kg
 masa syawal 2014
 


 zaman dulu , berat 53.75kg
masa bulan April 2014


DULU-DULU PUNYA TEROBEKK :)

 
p/s : kurus ke tidak orang itu , tak menjadi sebarang masalah pun untuk sesapa . itu hak masing-masing . so , tak payahlah nak bangga kalau hang itu kurus keding . walhal Allah dah jadi kan seseorang itu dengan serba serbi sempurna dah pun . terpulang lah pada diri masing-masing nak kurus ka , nak gemuk ka , nak normal kaa kann ? :> terpulang okeyy . semua orang layak nak kurus kalau berusaha sedaya upaya untuk menjaga pemakanan . berdiet yang betul lah kalau nak . dan saya berpuas hati sebab dapat kurus , Alhamdulillah .
 thats all uolls >,< 
thank you for reading ! 

Continue Reading

5 tip yang mudah memilih bidang

5 Tip Yang Mudah Memilih Bidang Pengajian
“Aduhhh, susahnya nak tentukan course apa yang paling sesuai!”.  Keliru dengan hala tujumu di dunia kampus ? tak tahu aliran mana yang sesuai dengan jiwa mu ? Jom belajari 5 cara yang mudah untuk tentukan aliran apa yang paling sesuai denganmu.



1) Kenal Pasti kebolehanmu
Sebelum kamu membuat sesuatu keputusan untuk memilih aliran bidang, kamu seharusnya kenal pasti dahulu kebolehan dan skill apakah yang ada pada kamu dan boleh membantu atau memudahkan kamu sepanjang sesi pembelajaran. Contohnya seperti skill menulis sesuai dengan bidang penulisan kreatif ataupun kewartawanan dan manakala, skill mengira sesuai dengan accountant.



2) Ketahui cita-cita kamu
Dengan memasang azam untuk mengejar cita-cita ia pasti akan memudahkan kamu untuk memilih aliran manakah yang paling sesuai dengan kamu. Jadi, ketahui dahulu apakah cita-cita kamu sebelum ini, barulah nanti kamu bersemangat untuk menghadapi sesi pembelajaran.


3) Minta pendapat orang yang lebih arif
Jika kamu takut untuk membuat keputusan, apa kata cuba dapatkan nasihat dan pendapat daripada yang lebih arif. Tanya pada mereka aliran bidang yang mana paling sesuai dengan sikap dan caramu. Mana tahu ia akan meringgankan bebanmu sedikit. Siapa tahu ?



4) Senaraikan kelebihan dan kekurangan setiap bidang
Sekiranya kamu mempunyai beberapa pilihan dan keliru mana satu yang patut di pilih, apa kata kamu senaraikan kelebihan-kelebihan dan kekurangan yang ada di setiap bidang. Sesudah itu, pilihlah bidang yang paling banyak kelebihan daripada kekurangan.



5) Lihat peluang pekerjaan yang ada
Sebelum kamu memilih bidang berkenaan, pastikan peluang pekerjaan kamu selepas tamat pembelajaran terbuka luas dan mudah diterima pakai. Elakkan daripada memilih bidang yang kurang diberi peluang pekerjaan dan elakkan juga daripada memilih bidang yang terlalu menjadi pilihan orang ramai kerana ia akan menyebabkan lambakan graduan yang tidak bekerja.


Continue Reading