Tuesday, February 28, 2012

jangan sakiti hati ibu lagi nak . .

hye ! Assalamualaikum . (^^)

aten harap2 korang sehat2 walafiat (^^) oke korang . aten sebenaq yaa nak cerita satu kisah kat korang . harap2 korang sanggup membaca kisah nie . selamat membaca .

Di kalangan kaum Muslimin Madinah , ada lar seorang lelaki yang sangat2 tekun beribadah dan gemar bersedekah . Nama dia Alqamah . Dia disenangi sebab perangai serta tingkah laku dia yang mulia . Dia suka menolong orang2 miskin dan mereka yang perlukan pertolongan . Alqamah nie ada seorang ibu yang dah tua . Dia tak pernah lalai berbakti dan buat baik kat ibu dia .

Suatu hari , ibu Alqamah pi rumah dia (Alqamah) . Ibu dia bawak sikit makanan yang dimasak sendiri untuk bagi kat Alqamah makan . Namun masa makan , Alqamah makan masakan isteri dia dulu dan Alqamah tak peduli lansung pun makanan yang ibu dia bawak . Spontan tindakan Alqamah tue menyebabkan hati ibu yaa terguris . Ia membuat ibu yaa merasa pedih yang berpanjangan di dalam hati si ibu .

Beberapa lama berlalu , telah sampai masanya untuk Alqamah berhadapan dengan saat2 kematian . Dia terbaring lesu menghadapi sakaratul maut . Tapi malangnya Alqamah tak dapat mengucap dua kalimah syahadah , biarpun telah diajaq berkali2 . Sekiranya terus macam tue jugak , Alqamah akan mati dalam keadaan suul khatimah (kesudahan yang buruk) .

Akhirnya perkara tue telah diberitahu kepada Rasulullah S.A.W . Rasulullah menyuruh Sahabat memanggil ibu Alqamah . Apabila ditanya tentang Alqamah , si ibu pun mencritakan kebaikan2 yang banyak dikerjakan oleh anaknya (Alqamah) . Namun cerita begitu tak menarik minat Rasulullah . Baginda mendesak supaya berterus terang . Hinggalah si ibu pun meluahkan kepedihan hati yang ditanggung olehnya , gara2 sikap Alqamah yang lebih mementingkan isterinya daripada hati dan perasaan ibunya sendiri .

Rasulullah S.A.W  mengancam hendak membakar jasad Alqamah . Supaya dengan tue dapat memuaskan hati ibu Alqamah yang terasa tersinggung dengan sikap anaknya(Alqamah) terhadap dirinya . Bila ibu Alqamah dah redha , barulah Allah akan mempermudahkan untuk Alqamah mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir nya .

Mengetahui ancaman yang sangat dahsyat tue , ibu Alqamah terasa takut . Serta merta dia meredhakan dan memaafkan segala kesalahan anaknya (Alqamah) . Tidak lama selepas tue , Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Sahabat , bahawa Alqamah dah meninggal dunia . Sebelum kematian Alqamah sempat mengucapkan dua kalimah syahadah dengan lancar dan petah . (^^) 

perbezaan zaman SEKARANG , kebanyakan anak2 sekarang terlalu sibuk bekerja sehingga panggilan ibu mereka tidak pernah dihiraukan . herm . sebegini lah cara yang salah anak2 sekarang telah lakukan kepada ibu mereka sendiri .
 
kenapa jadik begini ?? herm . adakah salah ibubapa ? kerana tidak pandai mendidik anak2 mereka ? kenyataan nya tidak wahai teman2 . anak2 lah yang perlu ambil berat tentang ibubapa mereka . sebab ibubapa tue adalah tanggungjawab mereka jugak . jangan lar jadik macam diatas nie , contoh yang tidak baik tao ! huhu . JANGAN TIRU . (^^)

herm , TAHNIAH korang ! sebab korang dah berjaya mendapat pahala . kalao korang nak tao , korang baca kisah Alqamah nie pun , dah dapat pahala berganda yang Allah bagi . sebab korang baca tentang kisah2 yang baik2 dan membawa teladan kepada korang . dan korang  tak membuang masa dengan baca benda yang tak berfaedah . hihi . harap2 korang dapat ambil iktibar dari kisah Alqamah dan ibunya nie . buat teladan dalam hidup korang . jangan terlalu angkuh bila bercakap dengan seorang wanita yang bergelar ibu , mak , mama , mummy , mumss , mammi , ummi dan lain2 lagi lar . hurm , sebab apa korang tak boleh lawan atau tengking ibu korang ? sebab "syurga itu dibawah telapak kaki ibu " . kalao korang nak dapat syurga , korang berbuatlah baik dengan mereka selagi mereka masih lagi hidup . kerana kasih seorang ibu tue sangat2 tak ternilai harganya . sebab terlalu besaq sangat2 pengorbanan seorang ibu . huhu :'(  hargailah ibu korang , kerana kita mempunyai seorang ibu saja di  dunia nie . hilang yang tue , tiada penggantinya lagi . ...


Rasulullah S.A.W. bersabda :
" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menyukai orang yang berbuat jahat (derhaka)
 kepada kedua ibu bapanya "
H.R Abdullah bin Amru al-As 


posted by sayasayangibusayaselamanya .
Continue Reading