Sunday, August 18, 2013

CIKGU FATEN ? InsyaAllah .

Assalamualaikum ,

hyee uolls ! ! 

aku harap hampa semua sehad la noh . aku hari ni Alhamdulillah la free gila tahap . dah tak sibuk dah macam dulu . aku ilekss je sekarang . hehe . nak tau dak selama ni aku menghilangkan diri ke mana ?? jeng jengg ! aku tak pi mana pun . aku cuma mencari pengalaman je bak kata orang " JAUH PERJALANAN , BANYAK PENGALAMAN " . hehe . betoi dak ? kalau tak pecaya nanti pergi la berjalan jauh - jauh . mungkin nanti hampa akan tau . aku sekarang dah TAMAT belajar dah kat KOLEJ MATRIKULASI KEDAH . aku dah habes study kat sana selama setahun . dan selama setahun tu jugak la , macam macam aku dapat kat sana . pelbagai orang aku jumpak . ada yang baik ada yang pandai . dan JODOH pun aku jumpak kat sana . bhahaha . insyaAllah , satu hari nanti aku akan , kenal kenal kan insan yang aku cintai tu kat hampa :) tunggu okehhh ! hehe . apa yang aku mampu bagitau , aku dah tak sabaq nak kawen oiii . serius :') tapi apa apa pun , aku kena tunggu laa kan . belom sampai seru lagi kot . mungkin dua tiga empat tahun lagi . Amin . heheh . sekarang ingat nak belajar dulu laa kanss . masih jauh lagi perjalanan hidup aku ni . macam macam kena aku tempuh . okehh , selesai bab kawen . haha . 

sekarang motip aku on lappy on blog ni adalah berkongsi pengalaman aku bekerja sebagai cikgu tadika :) 


TADIKA KOSMOS BESTARI 
TAMAN CERMAI 
JITRA , KEDAH

 
 
 
ANAK MURID AKU YANG COMEL'S COMEL'S 

 
OOI YONG ZHENG 
#budak kiutt . muka bolattss macam bolaa . aku suka picit pipi dia .
 gerammmm tengokkk . hahaha .



 
PUTERI NUR IRDINA , 
#budak pendiam pemalu giloss bila dalam kelas . huhu

 

 
DHIA ARISSA
satu satunya budak melayu perempuan yang ramah dalam kelas . 
jenuh layan  ==' 


 
 


 
LIM JIAYI
satu satunya anak cina perempuan yang pandai nyayi kat tadika tu .
 wuuuuu ~~~  HAHA
#budak ni saja ja buad gaya orang cacat , tapi dia tak cacat puns . 
tapi aktif kuat teriyak , comel :D HAHA


aku jadi cikgu ?? OMAIGOD ! OMAIGOD ! bhaha . nak pecaya ke tak , tu masalah hampa la noh . aku tak amek kesah pun . hehe . btw dah tiga bulan aku bekerja :") Alhamdulillah , Ya Allah ..  pelbagai suka dan duka yang ada . aku pun macam tak sangka aku kerja lama jugak kat sana . hew hew . aku kerja kat Tadika Kosmos Bestari tu sebagai seorang cikgu BM . mengajar bahasa je puns . senang je . macam kacang goreng je kanss . tapi hakikat ya tak weh . sebab aku kena ajar anak anak cina . dekat tadika tu mostly semua nya budak budak cina . budak melayu ada 10 orang camtu je . sebab tadika ni , tadika cina . selepas diorang habes je belajar umur 6 tahun , diorang akan terus masuk sekolah cina . nama sekolah tu SKJ CHUNG HWA . sebab tu la aku kata agak susah la . tapi bila dah lama mengajar , aku rasa anak anak cina lebih cerdik lagi berbanding anak anak melayu . anak melayu kurang sikit la . huhu . agak sedih laa . tapi bagi aku , aku dah bagi pembelajaran yang secukupnya kat diorang . student's india tak ada lansung kat tadika ni . just budak budak melayu dengan cina je . yang paling lawak sekali kan kan , firstly aku pergi sana . aku tak pernah paham daan tak pernah belajar pun bahasa cina . tapi bila aku dah bekerja lama kat sana . macam macam ayat cina aku reti weh . aku macam tak sangka . haha . dapat jugak aku belajar serba serbi ayat cina . hehe . belajar free pulok tu . bukan gaduh bayar yuran puns . wakaka ! yang best ye aku bukan belajar kat cikgu cikgu tadika situ , tapi student's aku yang ajar kan :') huhu . walaupun diorang kecik kecik lagi , tapi diorang pandai . cepat faham  apa yang aku ajar . ada student cina yang fasih cakap melayu pun ada . hebat jugak anak cina ni . aku bukan nak bangga kan anak cina . tapi bagi aku , diorang memang cepat dapat apa yang aku ajar bila dalam kelas . aku teharu bila diorang panggil aku cikgu Faten :') aku rasa macam bermakna sangat panggilan tu . panggilan tu membuat aku jadi semangat untuk aku kejar cita cita aku nak jadi seorang pendidik :D dulu aku merasakan jadi cikgu ni susah payah laa apa . tapi bila aku dah kerja ni , aku dapat paham serba sikit la cara yang betul kalau nak mengajar . supaya diorang jadi minat dan nak belajar dan trus belajar . walaupun pengalaman ni sekejap , tapi sangat sangat bemakna buad diri aku . aku rasa aku nak kejar cita cita aku . nak jadi pendidik . nak dapat PAHALA :") betapa besar ye pahala , jika kita dapat mencurahkan ilmu ilmu yang berguna kat orang . supaya ilmu tu menjadi panduan untuk kehidupan anak anak bangsa sekarang ni . terlalu banyak anak anak melayu sekarang dah lalai dengan kenikmatan dunia . anak anak melayu sekarang tak dengar cakap ibu bapa dan guru mereka . terlalu ramai :'( dan pelbagai masalah sosial yang berleluasa di dunia ni . terutamanya , di Malaysia . negara yang sangat membangun pesat sekarang . macam macam masalah sosial berlaku , pembuangan bayi lah . maksiat belungguk lungguk :'( sedihkan ? tapi sebagai seorang yang bertanggungjawab , marilah kita berubah untuk anak anak bangsa melayu kita jugak . menegakkan agama Islam kita yang semakin di khianati oleh orang orang Yahudi Laknatullah .  AYUHHH ! :) SEMOGA SEGALA USAHA KITA SELAMA NI , AKAN MENJADI SAKSI DI HADAPAN ALLAH NANTI :")
 prays for EGYPT !

 


 

P/S : hanya kita lah yang mampu menilai yang mana buruk atau yang mana baik :) InsyaAllah , Allah selalu ada . orang2 agama Islam akan tetap di lindungi :')




Continue Reading