Thursday, March 01, 2012

ilmu seperti susu . ?

hye ! Assalamualaikum .


aten hari nie nak tulis tentang pentingkah ilmu . haaa , mesti korang semua terkejut kan kan ? sebab tajuk aten hari nie " ilmu seperti susu " . haha . pelik betoi kan ? ada kaa susu tue macam ilmu . bukan susu tue untuk minum kaa ? pelik bebenor . hihi . 

kalau nak tao , ilmu tue aten nak korang ibaratkan seperti susu . cuba korang bayangkan seorang bayi dan anak kecik boleh mengamuk kerana mahukan susu . Seorang yang lemah fizikal nyaa , atlet sukan dan semua manusia memerlukan manfaat susu sama seperti memerlukan manfaat ilmu , malah lebih daripada itu . 

Analogi ilmu dengan susu disabdakan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis Baginda daripada Ibn Umar , maksudnya : " Ketika aku tidur , aku bermimpi diberi segelas susu . Lalu , aku meminum nya sehingga aku melihat kepuasan seolah-olah mengalir keluar dari kuku jemariku . Kemudian aku berikan sisanya kepada sahabat muliaku , Umar bin al-Khattab . "

Para sahabat bertanya : " Apa maksud mimpi itu , wahai Rasulullah ? " 
Baginda menjawab : " Ilmu . " ( Riwayat al-Bukhari

Ibn Hajar mensyarahkan hadis nie dengan memetik kata2 Ibn al-Munayyir : " Hadis ini mengungkapkan tentang ilmu yang merupakan sisa yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan sisa ilmu tersebut diberikan kepada orang yang dikehendaki Allah . Hendaklah kamu merebutnya . " ( Ibn Hajar , Fath al- Bari )

Rasulullah meninggalkan khazanah ilmu yang luas . Ilmu menjadi kunci kehidupan agar tegak lurus atas jalan-Nya . Setiap hari , bertanyalah kepada diri ; APAKAH ILMU AGAMA YANG BARU DIPELAJARI HARI NIE ? herm . korang tanyalah diri korang dan muhasabah lah diri masing2 agar tidak lalai dengan kehidupan didiunia nie semata2 tanpa melihat kehidupan di akhirat kelak . 


posted by akuinsanbiasa .

0 comments:

Post a Comment

sila komen plish...!satu pun tak pa...aten tak kesah..^_^