Wednesday, May 29, 2013

Kisah Pensil dan Pemadam

Kisah pensil dan pemadam

Pengorbanan dan kesetiaan mungkin boleh diibaratkan seperti kisah Pensil dan pemadam ini .
 
Pensil : “ Maafkan aku pemadam …”

Pemadam : “ Maaf untuk apa Pensil ?? Kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan apapun kepadaku …”

Pensil : “ Aku minta maaf kerana aku selalu membuatmu terluka . Setiap kali aku melakukan kesalahan , kamu selalu berada disana untuk membetulkan kesilapanku itu . Namun setiap kali kamu memadam kesilapanku itu , kamu kehilangan sebahagian dari dirimu . Kamu akan menjadi semakin kecil …

Pemadam : “Perkara itu memang benar … Namun sedikit pun aku tidak kisah . Aku sememangnya tercipta untuk melakukan tugas ini . Diriku tercipta untuk membantumu pada bila-bila masa kamu melakukan kesilapan. Walaupun aku tahu, suatu hari nanti , aku akan pergi dan kau akan mengganti diriku dengan yang baru , namun aku bahagia dan gembira dengan perananku ini . Kamu jangan risau kerana aku tidak suka melihat dirimu bersedih . Aku berharap kau akan terus berjuang  dan tidak melupakan diriku ini ”
 
Pensil diibaratkan seperti kamu yang melakukan kesilapan , manakala pemadam pula diibaratkan seperti ibubapa yang sentiasa ada untukmu . Kesilapan adalah sebuah langkah untukmu melakukan pembaharuan , dan ibu bapa adalah individu yang akan sentiasa ada , memberi dorongan dan nasihat  setiap kali kamu melakukan kesilapan . Hargailah mereka selagi masih ada masa .



 
 #kolej matrikulasi kedah




sesungguhnya , seorang sahabat itu sussah untuk dicari tapi senang dimiliki kerana mereka selalu ada ketika susah dan senang kita :') aku rindu mereka sangat ! kenangan lalu , akan selalu tepahat didalam hati ku selamanya ...





dan kepada bakal imamku ,

aku akan mencintai mu dan hargai mu selagi aku masih lagi bernyawa :)





dan kepada mak dan ayah :

aten bersyukur dapat menjadi anak mak dan ayah . mak melahirkan aten sampai aten dah besar sekarang , dan ayah jugak . ayah dah membesarkan aten sampai lah aten dewasa . mak dah didik aten dengan ilmu agama yang banyak . itu yang penting . dan yang paling penting sekali mak dan ayah sentiasa merestui apa yang aten buad termasuklah tentang aten dan mirul :) heheh . restu ibu bapa itu amat lah penting . #berapa banyak penting dah kan kan . haha


Continue Reading