Friday, August 15, 2014

WELCOME TO UNIMAP's PERLIS !


ASSALAMUALAIKUM ,

HAI SEMUA !

saya sebagai student Degree kat UniMAP Perlis , mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang telah berjaya mendapat tawaran untuk ke UniMAP ni dengan pasti nya kos yang adik-adik dapat pun yang terbaik jugak laa kan ^,^ hoho


for your information , this i copy paste from PAGE Facebook UniMAP Gags okey .
kalau ada sebarang masalah kaa atau pertanyaan , boleh lahh tanya akak yerr . bajet akak lulss . haha . takdak hal punya lahh . tanya lah okey , jangan malu-malu . akak sedia menolong adik-adik . hehe 



Kepada bakal mahasiswa/i Unimap pengambilan 2014/2015, kat sini ada kata2 yang nak kami sampaikan :




1. UniMAP ni universiti baru, dan jangan nak bermimpi mcm dalam drama melayu, terlanggar lelaki hensem dan jatuh cinta, stdy atas padang, jalan kaki ke library.


2. Kampus unimap berselerak dan kena pergi ke kuliah awal.


3. Disini memang hiburan tak ada, wayang, semua benda tu. Kalau malam dalam pkul 9 da bnyak kedai tutup. 


4. Pastu cuaca kat perlis agak panas.


5. Ramai org Cakap UniMAP kos lelong, padahal bnyak kos baru dan sangat berguna akan dtg, cuba kaji dan baca buku dlu sebelum bercakap. Sbb tu ada wujud FTK fakulti teknologi kejuruteraan. Kos2 yg ada tu sangat bagus utk akan dtg. Datuk NC berfikiran jauh.


6. Dah masuk unimap semua peluang sama rata, tak kisah, budak dari asasi ke, matrik ke, stpm ke, diploma ke, 4 flat ke, sama ja. Sini bergantung pada usaha, ikot la padang korang usaha yg mcm mana, membodek ka, baca buku ka. Terpulang.


7. belajar tu bukan cuma kat kuliah, cuma nak dpt huruf A tercatit pada sekeping kertas, tapi merangkumi semua, belajar sesuaikan diri, belajar suasana tempat baru. 


8. Kalau kawan dpt result tinggi, jangan nak pertikaikan, tgk pada usaha kita, bila da usaha tp sama juga, tgk pada niat nak belajar, ada je yg hardworking tak perform akademik, nnti ada lah rezeki. 


Kalau semua 4 flat, siapa yang akan dpt anugerah cemerlang, ? kalau semua nak jadi enginner, sapa yang nak jadi bos engineer, sapa yang nak jadi buat kerja untuk engineer?, kalau semua nak jadi doktor, siapa nak buat hospitalnya? Bukan gagal, tapi belum jumpa kejayaan lagi. 


SELAMAT DATANG KE UNIMAP @ PERLIS
 
 
 
 
 
P/S : jangan terlalu mendengar apa orang luar nak kata tentang universiti yang kita dapat , sebab Allah dah tetapkan dah yang rezeki kita di situ . so , buat apa kita nak fikirkan lagi . bagi saya , teruskan perjuangan di mana pun anda dapat . ingatlah , bahwa rezeki hanya datang daripada Allah dan bukan daripada manusia . yakin dengan keputusan yang kita buat tau . biasalah mula-mula memang kurang yakin , tapi lama-lama okey lah . yang penting semangat mau ada dalam diri . kat mana pun kita belajar sama jaa . janji berusaha dan berdoa , tawakal kepada Allah . niat perlu betul , niat belajar kerana Allah . insyaAllah mampu . semoga berjaya ! 

 
jom layan lawak ni dulu .
LAWAK UNIMAPs GAG
 
"Jangan tanya kenapa" HAHA ! 
 
 nak tahu kenapa lawak ni macam ni , kena lah datang UniMAP dulu .
 baru faham lawak ni . lulss
Continue Reading

Wednesday, August 13, 2014

KINI BERAT BADAN BERKURANG

ASSALAMUALAIKUM 
 
HAI SEMUA !
 
 saya sangat sangat rindu sama korang . lama sudah saya tak update belog kan . mesti sebab otak saya dah bekarat karat dah . tu sebab lah saya tak update . hehhh =,= 
tapi sekarang , ada rasa nak update jugak lah . sebab rindu korang dan rindu belog busukkk ni . haha . tak tau nak kata apa sekarang , sebab dah malam ni . saya bosan . saya bosan , saya bosan , saya bosan . 

lalalalalalalalalalallalalalala~~~~
fullstop .
saya tak dak benda nak merapu meraban sekarang .
cuma mampu kata , saya dah kurus sekarang !
kurus ? sapa hang ? hang kurus ? sebab apa hang ? PERLU ka hang update laguni kat sini ? HAHA . okey tak lawak . saja laa aku nak update pasai aku sekarang . tak salah pun haihhh . ngehh =,= 
sebab ni belog saya yang punya okeyy . hikkksss

supermodel laaa kunun kunun , padahal bajett jaa lebih lebih nihh . ngeee ~
 Alhamdulillah dah dapat berat yang di ingini sekarang :'>



 
sekarang , 46kg
 masa syawal 2014
 


 zaman dulu , berat 53.75kg
masa bulan April 2014


DULU-DULU PUNYA TEROBEKK :)

 
p/s : kurus ke tidak orang itu , tak menjadi sebarang masalah pun untuk sesapa . itu hak masing-masing . so , tak payahlah nak bangga kalau hang itu kurus keding . walhal Allah dah jadi kan seseorang itu dengan serba serbi sempurna dah pun . terpulang lah pada diri masing-masing nak kurus ka , nak gemuk ka , nak normal kaa kann ? :> terpulang okeyy . semua orang layak nak kurus kalau berusaha sedaya upaya untuk menjaga pemakanan . berdiet yang betul lah kalau nak . dan saya berpuas hati sebab dapat kurus , Alhamdulillah .
 thats all uolls >,< 
thank you for reading ! 

Continue Reading

5 tip yang mudah memilih bidang

5 Tip Yang Mudah Memilih Bidang Pengajian
“Aduhhh, susahnya nak tentukan course apa yang paling sesuai!”.  Keliru dengan hala tujumu di dunia kampus ? tak tahu aliran mana yang sesuai dengan jiwa mu ? Jom belajari 5 cara yang mudah untuk tentukan aliran apa yang paling sesuai denganmu.



1) Kenal Pasti kebolehanmu
Sebelum kamu membuat sesuatu keputusan untuk memilih aliran bidang, kamu seharusnya kenal pasti dahulu kebolehan dan skill apakah yang ada pada kamu dan boleh membantu atau memudahkan kamu sepanjang sesi pembelajaran. Contohnya seperti skill menulis sesuai dengan bidang penulisan kreatif ataupun kewartawanan dan manakala, skill mengira sesuai dengan accountant.



2) Ketahui cita-cita kamu
Dengan memasang azam untuk mengejar cita-cita ia pasti akan memudahkan kamu untuk memilih aliran manakah yang paling sesuai dengan kamu. Jadi, ketahui dahulu apakah cita-cita kamu sebelum ini, barulah nanti kamu bersemangat untuk menghadapi sesi pembelajaran.


3) Minta pendapat orang yang lebih arif
Jika kamu takut untuk membuat keputusan, apa kata cuba dapatkan nasihat dan pendapat daripada yang lebih arif. Tanya pada mereka aliran bidang yang mana paling sesuai dengan sikap dan caramu. Mana tahu ia akan meringgankan bebanmu sedikit. Siapa tahu ?



4) Senaraikan kelebihan dan kekurangan setiap bidang
Sekiranya kamu mempunyai beberapa pilihan dan keliru mana satu yang patut di pilih, apa kata kamu senaraikan kelebihan-kelebihan dan kekurangan yang ada di setiap bidang. Sesudah itu, pilihlah bidang yang paling banyak kelebihan daripada kekurangan.



5) Lihat peluang pekerjaan yang ada
Sebelum kamu memilih bidang berkenaan, pastikan peluang pekerjaan kamu selepas tamat pembelajaran terbuka luas dan mudah diterima pakai. Elakkan daripada memilih bidang yang kurang diberi peluang pekerjaan dan elakkan juga daripada memilih bidang yang terlalu menjadi pilihan orang ramai kerana ia akan menyebabkan lambakan graduan yang tidak bekerja.


Continue Reading

Tuesday, February 11, 2014

sedih bila dapat POINTER RENDAH ?











SUMBER INSPIRASI SAYA UNTUK SEMESTER 2 :) thanks kakak 'gadis biasa' sebab anda telah menyedarkan diri saya supaya jangan mudah mengalah dan putus asa dalam belajar . bagus untuk semua student student yang masih lagi belajar kat luar sana . jangan lupa baca cerita inspirasi ni .
 TERBAIK from Facebook Page UniMAP Confession ! 
just for share only .




Assalamualaikum.

saya ada satu kisah inspirasi nak cerita .
saya masuk Unimap dari kolej matrikulasi dengan pngk 2.4 sahaja .

saya fikir memang xde U pun nak terima saya, Alhamdulillah Unimap tawarkan saya dengan kos yang menarik .
saya ni pelajar biasa2 je .
kalau belajar tu, susah sangat nak menghafal . so kalau ada subjek2 menghafal ni , memang saya kena effort lebih untuk menghafal .
semester 1 saya di Unimap , saya dapat pointer 2.6 je . tu pun mak ayah dah happy sebab saya lulus . tapi... jauh di hujung hati saya ni teringin sangat nak 3.0 pointer . yela , dari matriks lagi xpenah dapat 3.0 pointer .
so sem2 , saya cuba lagi . saya sedih , saya xdapat jugak , saya dapat 2.9 je .
memang sedih , lagi2 kawan2 yang suka pandang rendah kat kite . yela pointer kita xsetinggi dia , jadi kalau kita bagi pendapat apa2 tentang pelajaran , dia macam xnak dengar je . dorang berbincang sesama pointer tinggi je . sape xterasa hui ??
tapi.. saya cuba tabahkan hati . xkesah la org pandang rendah ke apa kat kita , tapi bila xfaham apa2 , still tanya kat dia . mesti dia lagi pandang rendah kan ? but xpela . saya nak ilmu awak sampaikan sikit pada saya , xkesah la apa awak anggap pasal saya .
sem3 saya cuba lagi . Alhamdulillah dapat 3 pointer . lega sangat . akhirnya saya yakin saya boleh buat . tapi usaha xsampai takat ni je . sebab pngk masih <=3 . saya berazam nak grad dengan pointer 3above . untuk dapat dekan adalah mustahil untuk saya sekarang ni . sebab saya dah ketinggalan jauh. tapi xpe , saya target 2nd class upper je . xsilap pngk 3.15 & above kan ? (kalau salah,mohon yg komen tolong betulkan).
jadi saya berjuang lagi . sem seterusnya saya dapat 3.3 . Alhamdulillah , saya tahu saya boleh tingkatkan lagi . tapi saya happy juga , png saya dah sampai 3.0 sem itu . and semalam Alhamdulillah keluar result , saya dapat 3.6 . Alhamdulillah , saya rasa saya bukan gifted , lahir2 , xbaca buku , terus boleh skor . tapi saya buktikan saya usaha , saya boleh dapat apa yang saya nak . Alhamdulillah dengan izin Allah jugak . kita jangan berhenti usaha . biar enteng pandangan orang kat kita . yang penting kita ingat , kita datang Unimap , untuk belajar .
Bukan nak bangga , bukan nak menunjuk , cuma nak yakinkan semua kat luar sana , sapa yang usaha , insyaAllah pasti berjaya .
xpela kita x gifted pandai macam kawan2 lain . xpe , xpe , xpe . sebab Allah pandang usaha kita .
Wasalam .



-gadis biasa-





#GAGAL SEKALI , TAK SEMESTINYA GAGAL UNTUK SELAMA-LAMANYA

   
Continue Reading

Thursday, February 06, 2014

LANGKAWI ISLAND AGAIN

ASSALAMUALAIKUM
hye uolls !

hari ni aku sangat rajin untuk updated blog aku yang dah lama berusang bersawang dengan lelabah lelubuh ni . HAHA ! Ekceli , aku nak updated ni pun pasai percutian aku di Langkawi buat kali keduanya bersama keluarga aku masa cuti raya cina haritu . aku berada di sana 2 hari 1 malam ja . tak lama pun . sebab keluarga aku memang dah selalu pergi bercuti dekat Langkawi . so , macam pergi berehat dan tenangkan fikiran je laa pergi Langkawi . bagi aku pulak , aku pergi Langkawi ni dapatlah aku hilangkan stress aku selama aku belajar ni kan . sebelum tu aku nak laaa kongsi gambar-gambar aku sepanjang percutian di Langkawi , Permata Kedah :)


 Before went to Jetty Point , Langkawi .
 




 






Pada suatu petang yang indah , kami bersiar-siar di tepi Pantai Cenang , Langkawi sambil mengambil gambar yang cantik-cantik dan indah . hehe
 






 



 




 
STARFISH , first time tengok yang real-real punya . ada banyak kat pantai ni .











 



 



 
ambil gambar sendiri sebelum check out hari last tu . haha


 


Ber'selfie-selfie dulu with my beloved mom before went to UnderWater WOrld ! YEAAAHHH !



 



 




WELCOME TO UNDERWATERWORLD LANGKAWI !!! 


 



 



  



 



 



 



 





 


binatang sejenis macam kura-kura tapi nama dia ALLIGATOR iaitu sejenis buaya jugak . kesian aku tengok dia . nampak macam tak makan seminggu jaa rupa natang ni . HUHU !

 

 



PENGUIN DI MALAYSIA ,
hanya boleh dilihat lebih realiti lagi di Underwaterworld , Langkawi .
jemput datang beramai-ramai .  tak rugi se'sen pun duit anda tu :)
 
 


 



comel sangat aku tengok penguin ni berenang . aku rasa macam nak penyet-penyet jaa badan dia . HAHA .
 



 



 







 




 

 



 


 
 



SUDUT AKTIVITI DI BAHAGIAN PENGUIN YANG COMEL !
 
 



SEJARAH TENTANG SELOK BELOK PEMBINAAN UNDERWATERWORLD , LANGKAWI .
 




 



 



 




 
TAPAK SULAIMAN .


 




 


 


 



 

 




 



 




 






 







 



 




 



 




 



 



 








 



 




 




 



 



 







 



 



Ikan NEMO , yang paling aku suka sekali pasai ikan ni bila budak-budak lalu jaa depa mesti akan kenal punyalah ikan ni . sebab ada cerita kartun pasai ikan ni . NEMO yang kecil comel jaa .
 



 



 




 
OBOR-OBOR .


 
KUDA LAUT .



 



 
Sejenis BELUT .






 





Akhir sekali , aku sebagai penulis blog ni ingin mengucapkan
 SELAMAT TAHUN BARU CINA 
untuk orang berbangsa cina walaupun sudah terlambat . hehe . 




THANKS for reading ! ^_^
Continue Reading