Sunday, January 08, 2012

CARI MASALAH KA?

Tersebutlah kisah 3 orang sahabat baik iaitu BODOH, MASALAH dan SOPAN-SANTUN. Mereka selalu bersama apabila hendak kemana-mana. Pada suatu hari, MASALAH baru berkenalan dengan seorang gadis lalu mengikut gadis itu pergi entah kemana tanpa pengetahuan dua orang rakannya. Setelah dua hari berlalu, BODOH dan SOPAN-SANTUN menyedari akan kehilangan MASALAH lalu membuat laporan polis. SOPAN-SANTUN tidak mahu masuk dan menunggu di luar sahaja. Jadi, BODOH seorang sahaja lah yang masuk membuat laporan. (Semasa di dalam balai polis…)


BODOH : Selamat pagi, tuan.

POLIS : Selamat pagi. Ada apa yang boleh saya tolong?

BODOH : Saya datang hendak membuat aduan, tuan. 

POLIS : Oh…begitu. Siapa nama awak?

BODOH : BODOH, tuan.

POLIS : Apa ??

BODOH : BODOH, tuan.

POLIS : Tolong ulang sekali lagi !! (Dengan nada marah)

BODOH : BODOH, tuan.

POLIS : Apa kena dengan awak ni hah?? Mana perginya sopan-santun awak?

BODOH : Ada di luar, tuan.

POLIS : Hish !! budak ni..!! Adakah awak datang sini untuk mencari masalah??

BODOH : Ya, tuan. Bagaimana tuan tahu?

POLIS : Arrrghh !!!!!! (Bengang sambil menarik-narik rambutnya)




P/S: tidak ada kena mengena antara hidup dan mati oke ! hanya sekadar lawak sahaja..tima kasih baca ! :)
Continue Reading

BODOHKAH AKU ?????

Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan, pergi memancing kat sungai.Dalam bosan-bosan menunggu ikan, Ahmad berkata,
Ahmad: aku ada satu cerita.
Hassan: cerita ape?
Ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Hassan: yela…
Ahmad pun memulakan ceritanya… 
Ahmad :satu hari aku pergi memburu.
Hassan : memburu.
Ahmad : aku masuk ke dalam hutan.
Hassan : hutan.
Ahmad : tiba-tiba aku rasa nak terberak.
Hassan : berak.
Ahmad : aku berlari ke semak.
Hassan :semak.
Ahmad : aku pun berak.
Hassan : berak.
Ahmad : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.
Hassan : lagi.
Ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Hassan : dulu.
Ahmad : aku lihat tahi aku sudah tak ada.
Hassan : ada.
Ahmad : aku pun tertanya-tanya.
Hassan : tanya.
Ahmad : siapa makan tahi aku?
Hassan : aku….


MORAL CERITA : aten harap korang suma jangan laaa terlalu percaya an rakan3 korang tue...klao bole selidik la dulu oke ! nanti korang yang padah...huhu..=.=
Continue Reading

BAHANA NYA JIKA ANDA MEROKOK ! =.=

Isteri : Abang tau tak, rokok ni blh wat abang cpt mati?
Suami : mane ade. Jodoh ajal maut, semua tuhan yang tentukan…
Isteri : hmmmm… berapa banyak abang habiskan duit untuk rokok?
Suami : sehari sekotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling.
Isteri : satu hari satu kotak. Hmmm.. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200. abang mule isap rokok bile???
Suami : pandai math lah awak nie… dari tingkatan 2. awatnya?
Isteri : Sekarang umur abang 34. 34-14=20. and then RM25,200 darab dengan 20 dapat RM504,000! Banyakkan yang abang dah bazirkan dlm tempoh 20 tahun.
Suami : so? Abang ade mintak duit kat awak ke nak beli rokok? Tak adakan?!!
Isteri : memanglah takde, tapi kalau abang tak merokok dan menyimpan, skrg
abang dah boleh beli Skyline dah.. Evo ke.. semua boleh!
Suami : Awak isap rokok tak yang?
Isteri : Tak bang…kenape tanye mcm 2?
Suami : kalau awak tak isap rokok mcm abang…mane Skyline awak?
hehehe..



MORAL CERITA:bagi perokok3 yang tegar dekat luar sana ..aten harap korang berhenti laa merokok jika anda masih  sayangkan 'nyawa' yang Allah berikan untuk berbuat kebaikan di dunia yang sementara nie..
Continue Reading