Monday, July 16, 2012

dewasakah aku ?

ASSALAMUALAIKUM ..
*jawab salam itu adalah wajib ! so , jawab laa . hehe .
 
bila taktau hidup aten nie nak sempurna . setiap kali aten dok sorang sorang mesti aten terpikir kan tentang masa depan aten . memang aten tengah serabut sekarang . aten pun taktau sebab apa tetiba jaa aten rasa lain malam nie . rasa lain sangat sangat . aten rasa aten nie feeling terlebih laa . rasa macam dunia nie , dunia aten jaa . huhu . ayat dah macam orang putus cinta dah . haha . tapi series , malam nie aten rasa sedih . tapi syok dengan happy pun ada jugak . taktau laa . apa pun , aten nak kongsi laa kat ampa semua tentang sebuah kisah . nak tau dak?
haaa , mai nak cerita .


Tanggal 17 Julai 1994 , telah lahir nya seorang bayi perempuan yang sangat comel tampak nya di sebuah hospital di kedah . raut wajah bayi itu sangat lah indah dan sejuk mata memandang . pada saat dan ketika itu , sangat bahagia lah kedua dua ibu bapa bayi perempuan itu . syukur Alhamdulillah kepada Allah , bayi itu selamat dilahirkan ke dunia . betapa bahagia nya si ayah bayi itu sebab dapat seorang cahaya mata perempuan . kerana Allah telah memberi seorang anak perempuan kepada mereka . sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu lihat betapa gembira nya hati si ayah dan ibu tersebut . 

kini , bayi tersebut telah dewasa . dengan kasih dan sayang yang telah diberi oleh ibu dan ayahnya , kini gadis tersebut sudah berusia 18 tahun . dia kini sedang melanjutkan pelajaran nya disebuah kolej yang sangat dekat dengan rumah nya . pada suatu hari , sedang sedang dia khusyuk membaca buku . henset murah nya tetiba berbunyi . lalu melatah laa gadis tersebut . OPPOCOT MAK ENGKAU ! kemudian , dia membaca mesej tersebut . betapa terkejut nya dia apabila mendapat tahu bahawa ayah nya kini baru keluar hospital akibat strok . percaya tak percaya , kena percaya jugak . kerana mesej itu dihantar oleh ibunya sendiri . 

semenjak dari itu , dia selalu memikir kan tentang hal tersebut . kenapa ibu nya tidak beritahu dia tentang ayahnya dari awal ayahnya sakit ? kenapa ? kenapa ? tapi , semua soalan itu telah terjawab . kini , dia sangat redha dengan ketentuan Allah . malah dia sangat bersyukur kerana Allah masih lagi ingin memberi dia merasa kasih sayang seorang ayah . dia selalu memikirkan keadaan ayah nya itu . dia dapat merasakan betapa peritnya sakit ayah nya itu sekarang . ntah laaa , mungkin itu takdir seorang ayah . dia sangat sedih , bila memikirkan keadaan ayah nya itu . walaupun , dia tak berjumpa dengan ayahnya itu . dia dapat tahu jugak keadaan ayahnya sekarang . kerana ibu nya yang kerap kali menghantar mesej kepadanya . ibu nya sangat lah mengambil berat tentang keadaan nya itu . sampai kadang kadang dia merasa dia sangat sangat disayangi . tapi , dia sedih . sebab dia belum lagi berpeluang untuk berbual dengan ayahnya . ayahnya kini , tak mungkin lagi boleh datang melawat dia di kolej . kini hanya seorang ibu dan di temani oleh seorang abang sahaja datang melawat nya di kolej pada setiap minggu . ketahui lah betapa rindu dan sayang nya dia kepada ayahnya pada ketika ini . mungkin satu saat nanti , penyakit ayahnya akan beransur pulih . doa dia sentiasa mengiringi ayahnya pada setiap solat yang ditunaikan pada setiap hari . dia sentiasa berdoa agar Allah memberi kesembuhan kepada penyakit ayahnya itu . dan hari ini , tanggal 17 Julai 2012 genaplah umurnya 18 tahun . kini , dia menanti kan ucapan selamat hari lahir dari seorang ayah yang sangat 
dirinduinya ....


sekian sahaja . ini hanya lah sebuah cerita yang mungkin benar benar berlaku , atau pun tidak berlaku . tidak penting pun . apa yang penting adalah setiap orang pasti akan sakit , dan setiap orang pasti akan mati . dan hargailah ayah dan ibu hampa , selagi mereka masih hidup. wasalam .


p/s : kisah nie , hanyalah sekadar perkongsian dan renungan . tidak ada kena mengena antara orang yang masih hidup ataupun yang sudah meninggalkan kita .



Continue Reading