Thursday, September 12, 2013

Ada Apa dengan Gembira ?



ASSALAMUALAIKUM ,
hye uolls ! 

apa khabar dengan iman iman anda hari ni ?
 harap2 semuanya baik2 okey:)

hari ni aku nak kongsi ilmu laa bagaimana cara yang terbaik untuk membuat hidup dan hari hari anda sentiasa gembira dan tenang . insyaAllah , dengan sedikit ilmu ni . anda semua akan berhasil merubah hidup anda yang dulu gelisah , muram , sedih menjadi gembira . insyaAllah . sebab aku pun terbaca tips tips ni di laman Iluv Islam.com . dan aku sudah pun mencuba nya . Alhamdulillah , setiap hari hari aku sekarang . dah semakin ceria dan happy2 . HEHE . THANKS kepada penulis2 karya di Iluv Islam , banyak sangat motivasi di laman tu . baik untuk semua umat Islam . kenapa ? tak pecaya ? nanti try search okey ? :) 
p/s : tak membazir masa pun tau baca bahan2 ilmiah ni !:)

 

Perkara terbaik yang boleh anda lakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:


1. Bersyukur 
aku bersyukur sesangat sebab aku bangun pagi , masih lagi diberi oksigen dan udara untuk bernafas . bersyukur dalam banyak benda . Allah masih lagi kurniakan kita tubuh badan yang lengkap dengan mata untuk melihat keindahan alam yang cantik dan melihat perkara2 yang baik , hidung untuk menghidu bau bau makan , mulut untuk bercakap , tangan untuk melakukan perkara2 yang mengikut perintah Allah , kaki untuk ke masjid atau ke tempat2 majlis ilmu dan organ2 dalaman yang masih lagi berfungsi dengan baik sekali :) TAHNIAH kepada semua ! sebab masih dikurniakan semua itu :)


2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.


3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat. contohnya , aku memilih Prof Dr Muhaya bt Mohamad sebagai idola aku sekarang . tu pun semenjak aku down sangat2 dalam pelajaran . tak ada semangat untuk sambung belajar lagi . akibat kegagalan dalam pelajaran :') disebabkan aku selalu sangat dengar banyak nasihat dan motivasi beliau di laman facebook , twitter dan youtube :) aku sekarang dah semakin happy ! dah ada semangat belajar ! :'D oleh itu , daripada menonton2 perkara2 yang tak membawa faedah tu . kan lebih elok lagi jika anda bukak laman motivasi2 yang ada di internet tu . insyaAllah , akan mendapat manfaat yang sangat banyak darinya .


4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.


5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
cakap pada diri anda setiap hari , apa yang mahu anda capai setiap hari ? anda boleh senaraikan semua perkara yang ingin anda capai itu pada cermin almari solek ka , pada papan tulis ka , or some place yang sesuai okey :) setiap malam sebelum tidoq , boleh lah muhasabah diri balek . katakan pada diri anda , AKU MAHU BERUBAH MENJADI YANG LEBIH BAIK !


6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.





P/S : jika aku mampu buad semua benda ni , insyaAllah anda pun mesti lagi bolehh ! :) semoga hidup anda semua akan lebih ceria dan gembira selalu ya lepas ni . hihi . betapa beruntungnya jika kita dapat kecapi apa itu nikmat kegembiraan yang sebenar-benarnya .




Continue Reading