Sunday, October 13, 2013

PERMULAAN HIDUP AKU DI DUNIA UNIVERSITI


ASSALAMUALAIKUM ,
hye hye uoll's \^.^/
 
bertemu dan berpisah itu semua adalah ketentuan Allah . kita sebagai hamba-Nya perlu laa tima dengan seikhlas ikhlas yang mungkin . walaupun susah untuk kita tima . Allah lah penentu setiap pertemuan dan perpisahan . sungguh aku tak tipu , aku sangat rindu kan kawan-kawan aku kat sekolah rendah , sekolah menengah dan sampailah ke matrik . aku rindu hampa semua \ T.T / walaupun aku dengan hampa tak berapa rapat , tapi aku rindu jugak . aku dulu pendiam ooo . tak macam sekarang , dah semakin ramah tamah dah . dulu time sekolah rendah mahupun menengah aku sangatlah pendiam orang nya . sebab aku malas nak buat publisiti or gosip-gosip murahan orang lain terhadap aku okey . sebab tu aku diamkan diri je . ngeh2 . aku ingat bila aku jadi pendiam ni , takdak laaa orang suka atau minat . tapi ada jugak . isk3 . aku tak berharap pun semua tu . tapi aku buad tak heran jaa dengan semua tu . sampai dapat kad raya dengan surat lagi . haha . tu zaman sekolah aku dulu dulu la . biasalah budak-budak tak bapa matang lagi time tu . tak tipu , aku memang syok jugak laa time dapat tau ada orang minat aku . tapi tak kan aku nak tima terang-terangan kan . kena laaa buad juai mahai sikit . haha . tapi , semua tu cinta monyet jee tau . bukan ye bole pecaya okey . sebab time tu laa hormon kita tengah berubah bagi yang perempuan laa . kalau laki , aku rasa time sekolah semua kebanyakan ya tak bapa matang pun . so , janganlah terlalu ikutkan perasaan sangat nak cuba cuba untuk becinta time masih sekolah lagi . lain laa kalau korang tu anak orang kaya erti kata lain anak kepada dato' or tan sri . bole je la nak terus kawen time sekolah . wakaka ! sebab aku rasa tak sesuai la budak sekolah nak becinta . sebab korang bukannya ada duit pun nak support makwe pakwe korang tu . lain laa kalau pakwe makwe korang tu anak jutawan . hihi . tapi kalau anak jutawan pun , yang jutawan tu bukan ya diorang pun tapi bapak diorang jugak . kalau nak duit kena mintak jugak kan kan ? so tak payah laa fikir pasai cinta sangat . belajar dulu . macam aku , sekarang aku baru rasa nyesai sebab dulu tak nak pulun belajar betul2  time sekolah dulu . rasa rugi bak hang . sebab main-main time belajar kat sekolah dulu . tapi sekarang aku dah insaf okeyy . aku dah semakin matang sekarang . dapat fikir laa yang mana baik yang mana buruk ya . aku bersyukur sebab aku sekarang diberikan rezeki jugak oleh Allah untuk sambung study in degree computer network engineering kat UniMAP . walaupun aku kat matrik dulu pointer tak seberapa mana . aku dapat jugak sambung belajar kat U dekat dengan rumah aku . hehe . Aku kat sini kena belajar berdikari . life's aku kat matrik dengan U ni dah tak sama dah . banyak sangat yang aku kena buad semua sendiri . jangan terlalu ikut perasaan malas . kalau tak terjunam laa ke lembah kemusnahan . wuuuu ~ risau risau . buntu buntu . apa yang perlu buad , kena alert apa yang pensyarah bagi dalam kelas . aku ni dah la suka sangat berangan kekadang tu . muahaha . tapi apa yang penting niat belajar kerana Allah . sebab segala ilmu itu datangnya dari Allah \^^,/ 
jom ikuti perkembangan aku di UniMAP .
aku tau aku ni tak hot pun dalam dunia ni . aku hanyalah insan biasa biasa saja . tapi aku nak cerita jaa kat blog aku ni pasai diri aku sekarang . sekadar memori yang bole di imbas kembali nanti .. hihi . taknak baca , jangan bukak blog aku okey , sebab aku ni jenis syok sendiri jugak . sebab dalam sesetengah entri aku suka tulis tentang hal aku je kekadang tu . haha . orang lain shuhhh shuhh okey :p 




 



 
time ni aku dengan member selangoq aku ni tengah tunggu bas pi WANG ULU . bas takdak masa ni . lambat nak mampuih  \-_-/


 
masa ni aku tengah jalan dengan member-member satu kos dengan aku . kiri nama Dayah kanan pulak Kak Aliaa kehh . baik-baik dan comey belako depa nehh \^.^/
 


jengg jengg ! okeyyy okeyy , aku nak pekenai member aku yang ni pulok laa . nama diberi QURRATUL AIN . just call Ain jee tau . sangat baik dan selamber orang yaa . ceria dan kadang-kadang cepat tersentuh jugok hati dia sebab "dalam hati ada taman" laaa katakan \*,*/ hikhokkk . kalau nak tau Ain ney pemblogger jugak . kalau anda anda rasa anda kiut comel segak , silalah jemput ke blog Ain ni > http://aizuldizalfy.blogspot.com/
dia sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda semua . hehe



 






 
 sila jangan renung lama-lama gambar kaat ataih ni kehh , oleh kerna muka meroyan aku ter'interframe sekali dalam gambar ataih ni . haha



 
 okeyyy STOP jap ! i rasa i perlu kenalkan depa depa ni jugak . hehe . kalau nak kenai gadis-gadis comel di sebelah belakang aku ni , kenalah beri satu komen kat entri ni . bole laa aku tolong ejas kan untuk hampa >.< rasa-rasanya dua dua masih SINGLE kot . Gadis specky sebelah aku ni kalau hampa tak kenai terokk sangat-sangat laa . sebab dia pernah belakon dalam cerita Ombak Rindu ooo . nama diberi Izzah . orang panggil dia Izzah Ombak Rindu kehh . yang belakang tinggi tu , nama dia Izzati . aku sangat jeles tengok dia , sebab dia sangat kuruih . huhu . aku nak kuruih jugakk Zatiiii ..



 
 okey - okey . lastly , ni laaa member rapat aku selama aku kat UniMAP ni . dari mula aku masuk sampai lah sekarang . nama diberi Faizah binti Mokhtar . aku sangat rindu dia sekarang . sebab dia orang Key Ellss tauu . hari tu dia balik Selangor naik train . aku jeleesss \T.T/  nanak naik train jugakk !! *jerit jerit sambil buad muka terok* HAHA . tapi hang nak pi mana Atenn ?? :P haha . sabar tauu . nanti aku try semua transport yang ada termasuklah flight . Hihi . teringinn laa nak naik semua tu . rumah aku kan dekat je dengan UniMAP . transpot idola aku selama aku hidup ni pun BAS je laaa . huhu . tu jaaa yang mampu . sebab murah dan senang untuk naik . haha .


untuk kesekian kali nyaa , aku harap aku akan berjaya dalam bidang yang aku ceburi di BUMI PERLIS ni . dan doakan kejayaan kita bersama yaa kawan-kawan . apa yang penting niat mau ada . InsyaAllah Allah membantu . SEMOGA MAJU JAYA semuaa ! hikhokkk !


 im officially in UniMAP now :)

p/s : bagi sesiapa yang belum lagi ada rezeki untuk belajar , mintalah doa yang banyak dan selalu berdoa kepada Allah . kerana setiap rezeki yang ada di muka bumi ini semua nya milik Allah . jangan cepat mengalah dengan kegagalan yang kita hadapi tapi bangkit kan semangat untuk berjaya lagi tau . 
Fighting-fighting !! 

Jazakumullah khairan katsiraa and thanks for reading ! \^,^/


Continue Reading