Assalamualaikum ,
dan apa khabar dengan IMAN IMAN korang korang semua hari nie ?
# aten harap iman iman korang semua sekarang , semakin bertambah tambah . hehe .
dan akhir yaa , aten update jugak blog nie . huhu . aten tau mesti ampa rindu kat aten puyaa . kahkah (!) #perasan yew (==')
# maaf gila (!) sebab aten
mak aten , suruh aten update jugak peringatan nie . sebab semua nie penting gila dan penting sangat dalam kehidupan aten dan ampa semua :) aten harap ampa semua dapat baca sampai perabeh(habis) naah (!)
soalan cepu tak cemas :
bagaimana cara untuk kita mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat dan diredhoi 100% oleh Allah ?
mak aten bagi pesanan : (jawapan)
♥ anak kunci untuk mendapatkan KEJAYAAN dalam hidup :
* anak kunci bagi HAJI ialah IHRAM
* anak kunci bagi KEBAIKAN adalah SEDEKAH
* anak kunci bagi REZEKI ialah SOLAT
* anak kunci bagi SYURGA ialah TAUHID
( mengESAkan ALLAH )
( mengESAkan ALLAH )
selain dari itu ,
♥ anak kunci bagi ILMU ada dua :
1 . banyakkan tanya soalan yang baik dan bersopan apabila bertanya .
2 . beri perhatian pada apa yang kita belajar .
seterusnya ,
♥ anak kunci bagi KEJAYAAN ialah SABAR .
♥ anak kunci untuk mendapatkan pertambahan dalam NIKMAT ialah BERSYUKUR .
♥ anak kunci bagi mendapatkan KEWALIAAN(mendapat kecintaan dari Allah)ialah BERZIKIR dan sentiasa INGAT PADA ALLAH .
♥ anak kunci bagi TAKWA ialah KEBAIKAN .
♥ anak kunci untuk mendapatkan TAUFIK (sentiasa berusaha untuk melakukan sesuatu yang baik) daripada Allah ialah BERMINAT dan GEMAR untuk membuat kebaikan
♥ anak kunci bagi mendapatkan KEINGINAN (kehendak) ialah DOA .
♥ anak kunci untuk menjadi ZUHUD(tak berapa cintakan dunia) ialah GEMAR kepada urusan akhirat .
♥ anak kunci bagi menambahkan IMAN ialah BERFIKIR apa yang dicipta dan dijadikan oleh Allah .
♥ anak kunci untuk masuk ke dalam HADRAT ALLAH (dalam ilmu Allah) ada 2 :
1 . serah hati kita bulat bulat pada Allah
2 . ikhlas dalam setiap keadaan sama ada semasa marah ataupun sayang .
♥ anak kunci untuk menghidupkan hati yang telah mati :
1 . berusaha untuk mentadabbbur(mengkaji dan faham) apa yang diperintahkan di dalam al-Quran .
2 . merendah diri dan menghina diri di depan Allah ketika waktu sebelum masuk subuh
(1 pertiga malam )
3 . meninggalkan segala dosa .
♥ anak kunci untuk mendapatkan curahan rahmat dari Allah ialah berbuat baik dan IHSAN(kasih sayang) kepada Allah dan berusaha menolong semua makhluk yang ada di dunia tak kira binatang ataupun manusia .
♥ anak kunci untuk mendapatkan rezeki yang LUAS ialah berusaha dan sentiasa berkata :
"ASTAGHFIRULLAHALAZIM "
♥ anak kunci bagi mendapatkan KEMULIAAN ialah TAAT .
dan akhir sekali :
♥ anak kunci bagi KEJAHATAN ialah CINTAKAN DUNIA dan PANJANG ANGAN ANGAN . (negatif)
kesimpulan :
kata Saidina Ali Karamah Wajhah : " rezeki itu ialah ia (rezeki) pergi cari kita . bukan kita cari dia . tidak kira masa sama ada hari ini , esok , lusa dan lain lain masa . "
# rezeki itu terlalu luas maknanya (terlalu abstrak)
ia berbentuk Harta , Ketenangan , Kesihatan , Keharmonian , Kejayaan dan lain lain .
p/s : maka yang baik itu datang daripada Allah , dan yang buruk itu datang daripada kelemahan dan kekurangan aten sendiri . aten hanya mampu menulis dan korang yang perlu memilih untuk berubah ataupun terus dengan sikap yang buruk tue .
dan INGATLAH wahai umat umat Islam sekalian (!)
IHFAZILLAH YAHFAZKA ,
IHFAZILLAH TAJIDHU TIJAAHAK .
" jagalah Allah , nescaya Allah menjagamu "