ASSALAMUALAIKUM
hye uoll's !
APA KHABAR IMAN ANDA HARI NI ? HARAP IMAN ANDA SEMUA MASIH LAGI SIHAT OKEYY '',
HARI NI AKU NAK KONGSI , CARA-CARA YANG BELAJAR YANG BETUL KEPADA PARA ELAJAR DI SEKOLAH MAHUPUN DI UNIVERSITI :)
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar , niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah , sentiasa ingatkan diri , aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu .
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang . Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini , Malaikat akan sentiasa mendoakan kita . Jadi , kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama .
2) Disiplinkan diri .
Setiap kali mahu study , mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi , pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita . Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi .
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur , walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia . Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil , dalam umur 15 tahun . Jadi , ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya , apakah amalan budak perempuan ini .
Ibunya menjawab , saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan , cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran . Setiap kali sebelum belajar , dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran , memang tidak pernah tinggal . Jadi , budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar , kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan ? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan , tetapi dia sentiasa cari jalan .
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu .
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut , tetapi tetap tidak faham , dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku . Dan yang lebih bahaya , mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik . Akhirnya , kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan .
Jadi , apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu . Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus , mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat . Jika kita seperti ini , sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai .
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting ! Apabila sedang khusyuk study , tiba-tiba azan berkumandang . Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini . Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar . Imam Ghazali ada mengatakan bahawa :
" Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah , di akhirat kelak , dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya . "
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat , ingat kembali , jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak , aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain . Mana kita tahu bukan , kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu . Inilah namanya berkat . Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain .
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar .
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu . Apabila kita ada wudhuk ini , kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar , tiba-tiba azan . Kita tidak tahu dengan wudhuk itu , kita belajar lebih berkat .
..............................
Kesimpulannya , selamat beramal . Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata , tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka , ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat , walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara . Mereka lagi sibuk daripada kita , tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran .
Buat pemburu dunia , jangan pula kita memberi alasan , mereka tidak sama macam kita , Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi . Kita tidak sehebat mereka . Andai itulah pemikiran kita , percayalah , selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas .
#SUMBER ILMU DARI FACEBOOK KAWAN